Satu kajian pra-klinikal pengambilan kolagen hidrolisis, bersama-sama dengan pengambilan Vitamin C dan Glukosamina telah dijalankan terhadap golongan wanita yang mempunyai masalah kulit kering dan kasar. Kajian tersebut menunjukkan bahawa, selepas pengambilan 5g kolagen hidrolisis setiap hari berturut-turut selama 6 minggu, kandungan kelembapan kulit, keanjalan dan kelicinan kulit mereka bertambah baik.
RAHSIA UNTUK KULIT SIHAT DAN BERSERI
Ramai orang berkeinginan untuk mengekalkan wajah muda mereka. Pernahkah anda terfikir, bagaimana untuk memiliki kulit yang cantik dan berwajah berseri lagi sihat setiap hari?
Proses penuaan, pengoksidaan dan radikal bebas sering menyerang kulit dan sistem dalaman badan kita tanpa mengira waktu. Inilah faktor-faktor utama yang mengakibatkan kedutan, kekeringan, pigmentasi, warna kulit yang tidak sekata dan kematangan kulit manusia. "Serangan sengit" tersebut dan perubahan kecil setiap saat pada kulit adalah susah atau langsung tidak dapat dikesan semasa ia berlaku walaupun dalam selang tempoh beberapa hari. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menyedari dan 'menemui' perubahan yang ketara berlaku pada penampilan fizikal anda atau 'kematangan' anda apabila usia semakin meningkat atau selepas beberapa tahun, lebih-lebih lagi apabila anda membandingkan diri anda dengan koleksi foto lama anda. Manakala bagi dalaman badan, kita mengalami penuaan dari segi kelemahan struktur tulang (kehilangan kolagen) akibat peleraian tisu penghubung termasuk ligamen, sendi, rambut, kulit dan kuku. Sungguh menakutkan? Akan tetapi, inilah proses pertumbuhan sebenar yang berlaku.
Untuk melambatkan proses penuaan, terdapat banyak perkara yang kita boleh lakukan. Antaranya mengamalkan tabiat yang baik dengan menggunakan krim pelindung matahari, tidur yang secukupnya dan mengamalkan rejim penjagaan kulit serta gaya hidup yang sihat. Untuk memenuhi keperluan anda dalam aspek ini DXN kini memperkenalkan produk yang berkualiti, iaitu Minuman Kolagen Cobeaute DXN.
NAK SIHAT NAK CANTIK !
Minuman Kolagen Cobeaute DXN adalah produk unik yang dirumus daripada KolagenTerhidrolisis, Serbuk Jus Oren Semulajadi, Serbuk Jus Kranberi, Protein Soya, Astaxanthin, Ekstrak Benih Anggur, Vitamin C dan Sekam Pysllium.
Kolagen terhidrolisis dihasilkan daripada 100% kolagen ikan ayng bermolekul rendah dengan tahap penyerapan kolagen yang lebih tinggi dan mengandungi hanya 18 kcal dalam setiap 5000mg kolagen. Kandungan minima 5000mg kolagen terhidrolisis tersebut merupakan jumlah optimum yang diperlukan oleh badan kita, terutamanaya selepas umur 25 untuk meningkatkan penghasilan kolagen secara semulajadi.
Seperti yang kita sedia maklum, fungsi vitamin C bukan sahaja membentuk dan memperbaiki sel tisu badan manusiaa, malah lebih daripada itu. Di samping itu, Vitamin C, Astaxanthin, Benih Anggur dan buah Kranberi juga terkenal dengan sifat-sifat antioksidan yang tinggi. Agen antioksidan ini merupakan nutrisi-nutrisi yang dapat memberi kesan perlindungan yang baik dengan menghalang radikal bebas merosakkan sel-sel badan.
Sementara itu, psyllium adalah sekam benih Plantago yang merupakan herba utama dalam mengawal berat badan dan kesihatan usus secara umum. Ia mengandungi serat larut air yang tinggi yang boleh mengurangkan selera makan, memperbaiki serta membersihkan sistem penghadaman. Justeru itu ia cukup terkenal sebagai satu pilihan yang baik untuk diet yang sihat.
Selain daripa menikmati rasa jus buah-buahan yang menyegarkan lagi lazat. Minuman Kolagen Cobeaute DXN kini tersedia dalam bentuk serbuk pracampuran tanpa mengandungi gula, hormon, perwarna tiruan dan pengawet. Ia sudah pasti merupakan pilihan produk semula jadi anda yang tiada tandingan. Mulailakanlah pengambilannya hari ini juga !
CoBeaute Collagen Powder Drink
25g x 14 stick packs
Non-Member : RM 102.00
Member : RM 85.00
Point Value : 43
FYI/: Yuran pendaftaran sebagai Keahlian DXN RM 57.00
Membership Package: RM 312.00
* 3 Box CoBeaute Collagen Powder Drink
* 1 Business Kit
* 1 Bottle Reishi Gano 30 capsules
Tahukah bahawa dengan belian 3 kotak Cobeaute Collagen Powder Drink ini sudah capai sasaran point untuk bonus dari syarikat DXN. Yup! sambil minum collagen sambil tu jana income. Berminat? Jom WhatsApp / WeChat 0135251212
No comments:
Post a Comment