Sebelum berada di dapur anda, buah-buahan dan sayur-sayuran telah terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia dan peluh manusia semasa proses pengendalian. Sepanjang proses penanaman, buah-buahan dan sayur-sayuran akan diberi baja kimia dan disembur racun perosak serta disaluti dengan satu lapisan lilin bagi memanjangkan jangka hayatnya agar buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut akan sentiasa kelihatan segar.
Kita sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dicuci terlebih dahulu bagi membuang segala sisa racun perosak dan kotoran yang melekat pada buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut sebelum dimakan. Secara amnya, ramai daripada kita hanya menggunakan air pili bagi menyingkirkan sisa racun perosak dan bahan kimia yang merbahaya. Tetapi pada hakikatnya, air pili hanya mampu membersihkan kotoran dan sisa racun perosak yang berasaskan air pada permukaan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja, ia tidak berkesan dan juga tidak mampu menyingkirkan sisa racun perosak yang berasaskan minyak.
Vegi Cleen
- Gred bahan makanan dan bukan toksid
- 99% ramuan diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
- Agen pencuci utama yang terbiodegradasi (boleh diuraikan)
- Mesra alam
- Tiada bahan yang diperbuat daripada haiwan
Kini, DXN menawarkan anda satu penyelesaian yang mudah dan selamat bagi mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran anda, Dengan bahan-bahan botani semulajadi yang selamat digunakan seperti Ekstrak minyak pokok teh organik, Vegi Cleen memberikan penyelesaian terbaik bagi mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran anda. Agen pembersih utamanya juga merupakan bahan pencuci terbiodegradasi yang diperolehi daripada jagung dan minyak kelapa. Selain memudahkan proses pencucian buah-buahan dan sayur-sayuran, ia juga membantu melambatkan proses keperangan bagi memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran anda akan kekal segar untuk tempoh yang lebih lama.
Pilihlah amalan sihat ini sebagai suatu penyelesaian yang lebih sihat buat keluarga anda hari ini juga!
Here another photo of before & after using Vegi Cleen.
That is how my veggie looks like after 24 hours in fridge.
No comments:
Post a Comment