Bagaimanakah badan kita terdedah kepada toksin?
Toksin boleh berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran. Toksin terhasil sama ada secara dalaman daripada metabolisma dan bahan buangan badan atau secara luaran akibat pendedahan kepada udara, asap, makanan, air yang tercemar dan pelbagai mikro-organisma yang terdapat di alam sekeliling. Makanan harian kita mungkin mengandungi bahan tambahan seperti bahan pengawet, antibiotik, perasa dan pewarna makanan tiruan, penstabil, dan bahan-bahan kimia lain yang digunakan dalam pertanian.
Mengapakah toksin berbahaya kepada kita?
Toksin akan berkumpul di dalam badan kita untuk bertahun-tahun lamanya dan selalunya, badan kita menjadi semakin tidak cekap dan lembap dalam pembuangan toksin. Sebagai akibatnya, bahan toksik akan terus beredar dan tersimpan di dalam badan sebagai bahan buangan berasid, lemak dan lain-lain sehingga menyebabkan ketidakseimbangan badan. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan badan kerana kebanyakan penyakit adalah berkaitan dengan pengumpulan dan penyimpanan toksin di dalam badan kita. Ketoksikan melemahkan kesihatan badan dengan menimbulkan alahan, masalah kulit, artritis, barah, sakit kepala, keletihan, dan masalah penghadaman. Selain itu, toksin juga melemahkan keimunan dan keupayaan badan untuk mencegah penyakit, dan seterusnya membawa kepada penyakit kronik pada hari muka.
Bagaimanakah saya tahu bahawa diri saya memerlukan detoksifikasi?
Setiap orang memerlukan pembersihan diri untuk badan yang sihat. Dengan detoksifikasi, fungsi badan berpeluang untuk berehat, menjalani pemulihan dan menyingkirkan bahan buangan yang tersimpan di dalam badan. Jika anda mengalami mana-mana satu atau lebih daripada satu gejala di bawah ini, anda akan menikmati manfaat yang banyak daripada detoksifikasi:
- Kelesuan / keletihan
- Kerap sakit kepala
- Berat badan berlebihan / obesiti
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Penghasilan lendir yang berlebihan
- Masalah penghadaman
- Alahan atau sensitif pada bahan pencemar
- Masalah kulit
- Ketagihan terhadap bahan tertentu (contohnya, rokok, alkohol)
Apakah itu MycoVeggie? Apakah kandungannya?
MycoVeggie ialah serbuk sayur campuran yang dirumus khas. Selain kaya dengan serat, ia juga merupakan produk lemak rendah, tanpa gula, dan tanpa kolesterol. MycoVeggie merupakan campuran sayur-sayuran terpilih (contohnya, saderi, halia, daun noni), bijian (contohnya, psyllium, jagung manis), cendawan (contohnya, shiitake, lion's mane, cendawan tiram), buah-buahan, herba (contohnya, daun gingko, daun mulberi) dan rempah-ratus. Dalamnya juga terkandung spirulina dan teh hijau, di samping kaya dengan serat, vitamin C, zat besi, dan kalsium. MycoVeggie juga bebas daripada bahan tambahan seperti bahan pengawet, perasa, pewarna, dan penstabil.
Apakah manfaat pangambilan MycoVeggie?
Manfaatnya banyak sekali! Anda akan menikmati faedah-faedah seperti berikut:
- Mempertingkatkan penyingkiran bahan buangan dan toksin dalam saluran gastrousus
- Meningkatkan perkumuhan dengan lebih efisien dan mencegah sembelit
- Membersihkan saluran gastro-usus secara lembut dan menyingkirkan lemak yang berlebihan
- Menyokong pengusutan berat badan
- Membantu mengurangkan tahap kolesterol
- Membekalkan nutrien kepada sel-sel badan
- Menguatkan sistem keimunan
- Meningkatkan kesihatan rambut, keceriaan kulit dan sistem penghadaman yang lebih baik
- Membantu melaraskan dan mengimbangkan sistem badan
Mengapakah MycoVeggie dapat mengurangkan kolesterol?
Selain membawa kebaikan kepada saluran penghadaman, MycoVeggie juga merupakan sumber serat larut yang baik yang terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan obesiti. Oleh itu, pangambilan MycoVeggie secara tetap dapat membantu anda mengekalkan kesihatan jantung.
Bagaimanakah MycoVeggie bertindak di dalam badan selepas diambil?
MycoVeggie kaya dengan serat larut dan serat tidak larut. Ia juga kaya dengan nutrien. Serat yang bersifat terurai dan mengembang ini bertindak untuk mempertingkatkan peristalsis usus dan pembuangan air besar. Semasa melalui saluran penghadaman, zarah-zarah berserat menyerap dan memindahkan bahan buangan daripada bahagian usus yang sukar dicapai. Zarah-zarah ini juga membantu menyingkirkan sisa buangan makanan yang tidak hadam yang terkumpul untuk bertahun-tahun lamanya. Pada masa yang sama, ramuan lain dalam MycoVeggie juga membekalkan khasiat kepada sel-sel badan, dan membekalkan nutrien yang penting kepada anda.
Dapatkah MycoVeggie mengubati penyakit saya?
Jawapannya TIDAK. MycoVeggie bukan ubat dan tidak dapat menyembuhkan penyakit. MycoVeggie merupakan makanan tambahan kepada hidangan harian demi kesejahteraan umum anda. Anda mungkin berasa penat atau berpenyakit akibat daripada penumpuan tenaga untuk beban pembuangan toksin di dalam badan dan bukan dalam rawatan diri. MycoVeggie membantu mengawal ketidakseimbangan badan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Apabila badan tidak dibebani dengan tugas untuk menyingkirkan toksin tersimpan, tenaga badan dapat digunakan untuk menjalankan tugas lain seperti membaiki sistem badan dan melaraskan fungsi badan. Dengan ini, badan mengalami pemulihan secara semula jadi, organ-organ utama menjadi lebih sihat dan badan anda turut pulih kembali. Anda akan berasa lebih peka dan segar di samping penuh bertenaga.
Siapakah yang patut mengambil MycoVeggie?
MycoVeggie sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu menyahkan toksin, mengurangkan berat badan, menambahkan diet yang sedia ada, dan meningkatkan kesihatan umum. MycoVeggie membantu memulihkan kesihatan badan supaya badan dapat memerangi penyakit dengan lebih baik. MycoVeggie sungguh berkhasiat dan boleh dijadikan gantian hidangan anda. Individu yang berumur tiga tahun ke atas boleh menikmati peningkatan kesihatan daripada MycoVeggie. Selain itu, MycoVeggie juga sesuai untuk 'vegetarian' atau pemakan sayuran.
Bagaimanakah MycoVeggie dimakan?
Anda dicadangkan supaya mengambil MycoVeggie 1-3 kali sehari, atau lebih jika anda ingin mencapai tahap kesihatan yang lebih baik untuk memerangi penyakit. Bancuh secedok MycoVeggie dalam segelas air sejuk atau air suam. Jangan gunakan air panas. Kacau dan minum serta-merta. Minum segelas air selepas mengambil MycoVeggie. Anda mesti minum lebih banyak air sepanjang hari. Jadikan amalan untuk meminum 8-12 gelas air (250ml/gelas) sehari. Minum lebih banyak air jika anda bersenam. Hal ini dapat membantu dalam pembuangan air besar dan menjadikannya suatu ketetapan.
Bagaimanakah rupa bentuk MycoVeggie?
MycoVeggie merupakan serbuk campuran yang berwarna kehijau-hijauan. Apabila dicampurkan dengan air, ia akan mengembang dengan perlahan-lahan dan menjadi seperti 'jeli'. Hal ini disebabkan kandungan seratnya yang tinggi dan ia mengembang selepas menyerap air. Oleh itu, anda dicadangkan supaya meminumnya dengan serta-merta untuk mencapai faedah yang optimum.
Bolehkah MycoVeggie dicampurkan dengan minuman lain?
Boleh sama sekali! Anda boleh mencampurkan MycoVeggie dengan minuman atau jus kegemaran anda (contohnya, susu kacang soya, koko, dan minuman bijirin). Kami menyarankan anda supaya memakan MycoVeggie dengan produk kami yang lain seperti bijirin Spirulina DXN, Cocozhi, Morinzhi, Morinzyme, Roselle dan sebagainya. Cubalah sehingga anda mendapat kombinasi minuman kegemaran anda yang benar-benar sihat lagi berkhasiat!
[ keatas ]
Bilakah masa terbaik untuk mengambil MycoVeggie?
Untuk kesan terbaik, ambillah satu hidangan MycoVeggie sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang, iaitu 30-45 minit sebelum sarapan pagi dan makan malam. Jika anda mengambil ubat preskripsi, anda dinasihatkan supaya mengambil ubat anda satu jam lebih awal sebelum memakan MycoVeggie.
Bagaimanakah saya mengambil MycoVeggie jika saya ingin mengurangkan berat badan?
MycoVeggie ialah pilihan makanan tambahan yang terbaik jika anda ingin mengurangkan berat badan kerana MycoVeggie adalah semulajadi dan tanpa bahan tambahan. Oleh itu, MycoVeggie boleh dijadikan makanan gantian berkhasiat untuk mengalakkan pengurangan berat badan. Jika anda mahu mengurangkan berat badan, kami mencadangkan supaya anda mengikuti program kami yang menggabungkan diet sihat (1000-1200 kalori) dengan aktiviti fizikal. Dengan program ini, anda berupaya menghilangkan 2-6 paun dalam seminggu jika anda berdedikasi. Anda diingatkan supaya meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan mestilah berdisiplin dan bermotivasi!
Panduan Pemakanan:
- Sarapan pagi (300 kkal) - Minuman bijirin seperti bijirin Spirulina DXN + sebiji epal + MycoVeggie DXN (anda boleh campurkan bersama dengan bijirin)
- Makan tengah hari (300-400 kkal) - mangkuk kecil nasi + telur kukus/rebus + sepinggan sayur kukus atau ulam + sepotong ikan + sepotong daging ayam dada tanpa kulit + minuman tanpa gula (contohnya, teh herba)
- Makan malam (300 kkal) - Sup jernih (boleh dimasak dengan dada ayam atau sayur) + 100g sama ada udang/tauhu/ikan kukus
- Kudapan (maksimum 100 kkal) - paling banyak dua kali sehari. Anda boleh makan sepotong buah, ulam, biskut tawar yang dibuat daripada tepung beras, minuman atau MycoVeggie DXN
Panduan Senaman:
Senaman ialah suatu proses detoksifikasi yang amat penting. Apabila anda bersenam, bahan buangan akan disingkirkan melalui perpeluhan. Pakar-pakar kesihatan selalu menegaskan kepentingan bersenam dan manfaatnya kepada setiap individu. Senaman membantu menguatkan jantung dan memerangi penyakit. Sebagai individu yang baru mula bersenam, mulakan dengan senaman ringan selama 15 minit (contohnya, berjalan perlahan, yoga) 3-5 kali seminggu. Apabila anda semakin kuat, tambah masa membuat senaman kepada 30-45 minit dan juga tahap kekuatannya. Berpuasa memberikan peluang kepada badan anda untuk menjalani pemulihan diri supaya badan dapat menumpukan tenaga untuk penyembuhan daripada sebarang kelemahan atau penyakit.
Apakah itu berpuasa?
Berpuasa ialah amalan menahan diri daripada memakan untuk tujuan membaiki keadaan fizikal dan rohaniah. Cara ini dianggap sebagai kaedah terapi pemulihan yang tertua dan telah lama diamalkan oleh badan-badan keagamaan dan batiniah. Berpuasa terapeutik merupakan amalan pemulihan diri yang terulung dan cara penyahtoksikan yang paling berkesan. Berpuasa mendatangkan kesan yang sungguh menakjubkan ke atas badan dan minda. Amalan ini dapat membersihkan badan dengan sepenuhnya dan membuang bahan buangan termasuk lemak yang berlebihan dengan berkesan.
Hampir semua penyakit berpunca daripada saluran penghadaman. Saluran penghadaman ialah punca penyakit dan juga punca pemulihan badan. Diet kita selalunya mengandungi lemak, kanji, gula, dan garam yang tinggi yang melebihi keperluan kita demi kesihatan badan. Hal ini mengakibatkan saluran penghadaman kita perlu bekerja keras untuk memproses makanan ini. Semasa berpuasa, semua organ dan kelenjar mendapat rehat yang sepatutnya. Pada ketika ini, tisu-tisu organ dan kelenjar dapat dibersihkan dan kembali berfungsi secara normal. Fungsi organ dan kelenjar turut diseimbangkan dan diselaraskan. Seluruh saluran alimentari pula dibersihkan. Dengan pembinaan semula keimunan badan, kesihatan badan dipulihkan secara semulajadi dan penyakit turut beransur hilang. Jika kesihatan dan keimunan selepas berpuasa dikekalkan dengan penuh hemat, seseorang itu tidak mudah terdedah kepada penyakit dan juga tidak perlu berdiet lagi. Lantaran itu, berpuasa selalu dianggap sebagai cara pemulihan badan yang paling asli dan natural.
Siapakah yang patut berpuasa?
Berpuasa mendatangkan faedah kepada setiap orang jika diamalkan dengan betul terutamanya mereka yang ingin sembuh daripada penyakit dan mencapai kesihatan batiniah. Orang yang mengalami gejala-gejala dalam S3 bolehlah berpuasa sebagai kaedah penyahtoksikan. Berpuasa dengan hanya minum air memerlukan penyeliaan daripada doktor. Berpuasa dengan hanya minum jus adalah lebih sederhana. Mereka yang ingin menyahkan toksin boleh berpuasa selama 1-5 hari. Kesannya lebih baik jika anda melakukan aktiviti fizikal yang perlahan (contohnya, yoga, berjalan perlahan) semasa berpuasa. JANGAN melakukan senaman giat. Jika badan anda tidak cukup kuat, kembali kepada hidangan makanan pejal secara beransur-ansur. Kami mengesyorkan anda supaya berbincang dengan doktor sebelum berpuasa.
Bagaimanakah kita berpuasa dan bagaimanakah MycoVeggie dapat membantu?
Berpuasa untuk 1-3 hari dapat membersihkan sistem peredaran darah. Pada hari yang keempat, toksin yang tersimpan di dalam hati dan organ lain akan disingkirkan secara beransur-ansur. Anda dapat mengenal pastinya apabila lapisan kekuning-kuningan yang tebal pada lidah sudah hilang atau tidak kelihatan lagi. Selepas seminggu berpuasa, anda dapat merasakan diri anda muda kembali sepenuhnya sejurus selepas berlakunya pembersihan dalaman yang sepenuhnya. Anda dapat merasakan seolah-olah berlakunya pembaharuan dalam diri anda yang tidak pernah anda alami sebelum ini. Bagi mereka yang ingin berpuasa sebagai terapi pemulihan alternatif untuk badan, kami mengesyorkan supaya menggabungkan MycoVeggie dalam program anda untuk kesan yang lebih baik. Kami mengesyorkan rancangan berikut untuk anda:
- Sehari sebelum berpuasa, makan lebih banyak makanan mentah dan mengurangkan pengambilan makanan
- Semasa berpuasa, hanya minum cecair seperti sup sayur beralkali dan jus segar (contohnya, saderi, lobak merah, ubi bit, epal, oren, timun)
- Minum segelas jus buah/sayur segar dengan secedok MycoVeggie untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam
- Minum segelas air yang dituras selepas itu. Begitu juga untuk sepanjang hari.
- Anda boleh meminum segelas jus apabila anda berasa lapar
- Ingat supaya banyak meminum air untuk membuang toksin
Saya berasa penat semasa berpuasa. Apakah yang harus saya lakukan?
Ketika berpuasa, adalah penting bagi anda mengikuti keadaan badan anda. Rasa lemah, rengsa, pening, dan sakit kepala semasa berpuasa adalah normal. Gejala-gejala ini merupakan tanda toksin dinyahkan dari peredaran darah. JANGAN memaksa diri anda jika anda tidak dapat bertahan lagi. Kembali secara beransur-ansur kepada makanan pejal untuk berbuka puasa. Makanlah sepotong buah atau sayur mentah/kukus sebagai makanan berbuka puasa dan tambah daging tanpa lemak dan sajian biji-bijian lengkap secara beransur-ansur. Berpuasa merupakan amalan yang amat baik walaupun hanya untuk sehari kerana badan anda tetap dapat menikmati faedah daripada amalan ini.
Mengapakah MycoVeggie DXN berbeza daripada produk serbuk sayur campuran lain yang terdapat di pasaran?
- DXN hanya menggunakan ramuan pilihan yang berkualiti tinggi
- Dihasilkan oleh kilang yang mempunyai pengiktirafan 'Amalan Perkilangan Baik' (Good Manufacturing Practice, GMP) dengan peralatan makmal yang eksklusif dan kawalan kebersihan yang ketat
- Pengawasan kawalan kualiti yang rapi dan setiap kelompok produk diuji dengan ketat
- TIADA bahan tambahan
- Produk yang asli dan semulajadi sepenuhnya dan sesuai dimakan untuk jangka panjang.
Adakah MycoVeggie selamat untuk dimakan? Adakah MycoVeggie mendatangkan apa-apa kesan sampingan?
MycoVeggie ialah makanan kesihatan semula jadi yang dirumuskan daripada ramuan terpilih. Setiap jenis bahan yang digunakan dapat mendatangkan faedah kepada kesihatan anda. Produk ini dirumuskan oleh kumpulan penyelidikan (R&D) kami dengan penuh teliti. Oleh itu, tidak ada had yang dikenakan ke atas kuantiti yang anda boleh makan. Beberapa tindak balas penyahtoksikan mungkin timbul selepas MycoVeggie dimakan. Ini merupakan tindak balas yang positif. Sesetengah gejala penyahtoksikan yang mungkin anda alami ialah seperti ketidakselesaan, pembuangan air besar yang kerap, angin, sakit kepala, kepenatan, dan pening kepala. Semua gejala ini adalah untuk sementara waktu sahaja kerana badan anda sedang menjalani pembersihan dalaman. Anda diingatkan supaya banyak meminum air apabila anda mengambil MycoVeggie. Apabila bahan buangan yang tidak diperlukan dipindahkan daripada badan, anda akan dapat merasakan perbezaannya dan melihat perubahan positif yang anda capai. Sesungguhnya anda sedang menuju ke arah pembentukan diri yang lebih sihat dan sejahtera!
Bolehkah saya mengambil MycoVeggie untuk sembelit kronik yang saya alami?
Sembelit ialah perubahan dalam kebiasaan pembuangan air besar yang bercirikan pengurangan dalam kekerapan dan pembuangan najis yang kering lagi keras. Meskipun pemakanan ialah punca umum sembelit, namun pesakit sembelit seharusnya mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk mengenalpasti sebab-sebab lain yang mungkin menimbulkan punca sembelit. MycoVeggie kaya dengan serabut diet yang dapat membantu pembentukan gumpalan najis dan menambah kelembapan supaya senang untuk melalui laluan usus dan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar. Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami sembelit kronik harus mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar perubatan.
Bolehkah pesakit kencing manis mengambil MycoVeggie?
Ya. MycoVeggie adalah sumber serat larut dan tidak larut yang baik dan dapat membantu untuk mengawal penyakit kencing manis. Serat larut air bertindak sebagai span yang menyerap air dan menjadi pekat lalu mengembang apabila bersentuhan dengan air. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa serat larut ini dapat membantu untuk mengurangkan dan mengawal tahap gula dalam darah pesakit kencing manis dengan memperlahankan penghadaman dan pembebasan gula ke dalam aliran darah.
MycoVeggie 400g
WM : RM 249.20 , EM : RM266.70
PV : 95.0
SV : 105.60
MycoVeggie (Box) 40 sachets x 5 g
WM : RM139.50 , EM : RM150.00
PV : 53.00
SV : 58.60
No comments:
Post a Comment